kini Celcom turut sama memperlihatkan
pakej iPhone 4S mereka kepada umum, sekaligus bersedia untuk pelancaran
yang akan dilakukan pada tengah malam esok, lebih kurang 24 jam
daripada sekarang.
Seperti diperkatakan sebelum ini, melalui pakej Celcom, ia
membolehkan para pengguna mendapatkan peranti pada harga serendah RM558
melalui pakej i248 selama 24 bulan. Bersama-sama dengannya, ia turut
membawakan pakej baru, iaitu i68 dengan komitmen bulanan sebanyak RM68
sebulan dan penggunaan data sebanyak 800MB sebulan.
Celcom juga turut sama memperlihatkan dengan jelas mengenai harga
yang perlu dibayar ketika pendaftaran kelak, membolehkan para pengguna
bersedia sepenuhnya untuk mendapatkan peranti tersebut pada tengah malam
esok. :)
sila email ke juraimi@gmail.com untuk maklumat lebih lanjut ;)